Alangkah indahnya jika tatkala hati sudah terpikat, tiada halangan yang menuntut sebarang pengorbanan, semuanya umpama belayar di air yang tenang menuju ke muara. Mereka yang bercinta mengharapkan antara kau dan dia umpama sirih pulang ke gagang, bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Cerita hati bukan kisah yang ditulis mengikut plot yang pra-dipersetujui; cerita hati berkembang mengikut naluri; jatuhnya hati tanpa sebarang amaran, pengakhiran ceritanya tiada siapa yang tahu walaupun si empunya hati itu sendiri.
Hati terpaut seorang duda tidak bercahaya mata. Wajahnya tampan, kareer membanggakan tetapi dari awal hubungan dia telah jelaskan bahawa dia tidak mahukan sebarang ikatan. Mahu berpacaran tetapi tidak mahu perhubungan disahkan. Bingung dibuatnya kerana apabila hati sudah terpaut, penangan realiti bukan sukar untuk ditelan. Bukan mudah untuk meninggalkan jejaka yang telah disayangi, ingin meneruskan perhubungan, naluri tahu akan tiada kesudahan. Dilema menerjah jiwa lantas sukar untuk membuat keputusan. Jika diikutkan rasa, binasa; andai diturutkan hati, merana jiwa nanti. Bagaimana bertindak dalam situasi begini?
Romeo mati kerana Juliet, Cleopatra membunuh diri menyintai Anthony. Realitinya, kisah cinta sebenar tidak sedramatik pasangan-pasangan agung ini. Pengorbanan merupakan perkataan yang sering disebut tetapi bukan mudah untuk direalisasikan. Ingin menunggu dia sampai dia bersedia? Hingga bila? Jangan dihiraukan tentang sahnya perhubungan? Melanggar tatasusila bangsa dan agama. Seorang teruna terpaut hatinya dengan seorang gadis berlainan agama. Untuk bersama tiada siapa yang sanggup mengkhianati pegangan agama yang dianuti. Hati sudah begitu menyayangi namun realitinya menuntut perpisahan dan meremukkan hati.
Andai bertemu cinta penuh halangan, bagaimana harus kita berdepan dengan cabaran? Perlukah tabah mengharunginya atau tunduk mengalah melepaskan dia pergi dan merawat hati sendiri? Adakah di hadapan nanti ada insan lain yang lebih baik sedang menunggu untuk mendamaikan hati atau jiwa akan kosong tidak berpenghuni? Cekalkah hati untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran insan yang telah menakluki hati ini?
Si dia telah berpunya, berkeluarga dan beranak dua. Perhatian yang diberikan kepadamu tidak berbelah bagi, kau dijaga bagai permata hatinya. Lantas, kau berlayar dalam gelora cinta yang cukup mengasyikkan. Namun, jauh di sudut hatimu kau tahu dia bukan milikmu. Realitinya kau sedar tempatmu hanya di pinggir hidupnya. Apakah kau pasrah dengan kisah cintamu yang tidak berkesudahan atau kau harus berdepan dengan realiti bahawa kau harus pergi.
Bukan mudah untuk memilih antara hati dan realiti, satu mengasyikkan dan satu lagi menyedarkan. Jika konflik hati dan realiti mendampingi, kuatkah dirimu untuk menanganinya?
Adalah lebih baik menyintai orang yang sayangkn kita daripada kita menyintai orang yang kita sayang..Hati tak kan sakit kerana orang yang sayangkan kita tak akan buat hati kita merana...
Isnin, 11 Januari 2010
10 K dalAm PerSaHabaTAN....
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"
10 K dalam PERSAHABATAN
* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).
Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.
"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

MATA HATI
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang haqiqi
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah..
YA ALLAH..SUCIKAN HATIKU..BERSIHKAN JIWAKU..CUKUPLAH HATI INI HANYA UNTUKMU..KERNA HANYA ENGKAU YANG MAHA TAHU AKAN HATIKU..

RM25 juta ‘naik’ cacing
KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.
Selepas berasa tertipu, lebih 200 mangsa skim berkenaan membuat laporan poli sejak awal bulan ini.
Dalam sidang media oleh mangsa skim itu di hadapan pejabat syarikat terbabit di sini, semalam, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.
Menurut risalah, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama koperasi.
Syarikat itu membuka tujuh cawangan dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata, polis sedang menyiasat kes itu.
Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lalu.
Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan 3.3 peratus.
“Saya melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran syarikat terbabit dan setakat ini mendapat pulangan RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lalu,” kata Omar.
Peniaga, K Jayakumar, 42, dari Taman Kulim Square, Lunas, dekat sini, bersama 10 anggota keluarganya kerugian RM500,000 kerana menyertai skim pelaburan itu sejak 6 Jun tahun lalu.
Jayakumar berkata, mereka hanya dibayar dua kali daripada pelaburan dibuat dan beberapa cek pembayaran selepas itu ditolak bank.
“Kami merayu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengembalikan wang pelaburan dibuat kerana ramai meminjam dari bank dan saudara-mara membuat pelaburan itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Green Millennium Agrotec (M) Sdn Bhd (GMA), Mohd Faisal Mohd Noor iaitu syarikat yang mengendalikan penternakan cacing bagi syarikat terbabit mendakwa syarikat berkenaan menggunakan kepala surat GMA untuk mengambil wang pelaburan daripada penternak dan pelabur skim itu, menyebabkan syarikatnya kini berada dalam dilema. - Bernama.

Langgan:
Catatan (Atom)